- Pada hari ini dalam tahun 1946, Tanah Melayu telah diletakkan di bawah Sistem Pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union bagi menggantikan pemerintahan sementara iaitu Pentadbiran Tentera British atau BMA.
- Penubuhan Malayan Union ini telah meletakkan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan negeri jajahan British sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang Gabenor British.
- Gabenor pertama british yang mengetua Gagasan Malayan union adalah Sir Edward Gent.
- Di bawah pentadbiran ini Sultan-sultan Melayu telah kehilangan kedaulatan dan kuasa-kuasa ke atas negeri-negeri masing-masing
- kuasa kuasa Sultan hanya terhad kepada soal agama Islam dan adat istiadat dalam negeri sahaja.
- Perlembagaan Malayan Union juga telah memberi hak kewarganegaraan yang saksama tanpa mengira bangsa dan asal keturunan melalui prinsip Jus Soli.
- Akibat daripada tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang-orang Melayu mengenai penubuhan Malayan Union suatu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada Julai 1946 bagi merangka sebuah perlembagaan baru yang dapat diterima oleh orang Melayu.
- Draf pelembagaan tersebut telah disiapkan pada bulan Disember 1947, menjadi asas kepada Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada 21 Januari 1948.
- Sesungguhnya Malayan Union telah membangkitkan dan menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah.